Wednesday, February 9, 2011

7 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA - KLINIK RAKAN BAYI



1. MEMPUNYAI POLISI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA BERTULIS YANG DISEBARKAN KEPADA ANGGOTA KESIHATAN, IBU HAMIL DAN SELEPAS BERSALIN SERTA MASYARAKAT SETEMPAT

2. MELATIH SEMUA ANGGOTA YANG TERLIBAT DALAM PENJAGAAN KESIHATAN IBU DAN ANAK DI KEMUDAHAN KESIHATAN DARI SEGI KEMAHIRAN DAN PENGURUSAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK MELAKSANA POLISI INI

3. MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA SEMUA IBU HAMIL DAN SELEPAS BERSALIN TENTANG FAEDAH DAN PENGURUSAN PENYUSUAN SUSU IBU

4. MEMBERI SOKONGAN KEPADA SEMUA IBU UNTUK MEMULA DAN MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU WALAUPUN TELAH KEMBALI BEKERJA

5. MENGGALAKKAN PENYUSUAN SUSU IBUSECARA EKSKLUSIF DARI LAHIR SEHINGGA BERUMUR 6 BULAN DAN MENERUSKANNYA SEHINGGA MENCAPAI UMUR 2 TAHUN. MAKANAN PELENGKAP PERLU DIBERIKAN MULAI UMUR 6 BULAN.

6. MENYEDIAKAN RUANG DAN KEMUDAHAN YANG SESUAI SERTA SELESA UNTUK PENYUSUAN SUSU IBU

7. MEWUJUDKAN KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU YANG MEMBANTU DI DALAM MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU.

Konsep Klinik Rakan Bayi

KLINIK YANG MELAKSANAKAN 7 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA DI PERINGKAT KEMUDAHAN KESIHATAN. 7 LANGKAH INI ADALAH BERDASARKAN THE SEVEN POINT PLAN FOR THE PROTECTION, PROMOTION AND SUPPORT OF BREASTFEEDING IN COMMUNITY HEALTH CARE SETTING, UNICEF UK BABY FRIENDLY INITIATIVE.