Friday, July 29, 2011

Kursus Ulangkaji bagi Ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Klinik Desa Dalit

Salam semua, hari selasa yg lepas 26 Julai 2011 untuk kedua kalinya saya ke dalit. Satu tempat dikawasan pedalaman bagi daerah Keningau. Alhamdulillah tidak lagi pening-pening hehe.

Dengan menaiki fortuner kami berenam, JT Patricia, JMK Rahya, JM Nimah , Alloysius dan Jeffelin ber'roller coaster' ke sana hehe. Jalan menuju ke dalit masih gravel. Mungkin tiada lagi niat untuk buat asphalt kerana masih terdapat kegiatan membalak dan pengangkutan kelapa sawit keluar dari dalit.

Kursus ini memakan masa sehari. Bangga dengan penceramah2 yang lain kerana berjaya menyampaikan tajuk-tajuk yg diamanahkan dengan baik.

Semoga kumpulan sokongan ini dapat memantapkan lagi program promosi penyusuan susu ibu.

Tahniah JM Nenet & Norselasiah dari Klinik Desa Dalit yang berusaha menganjurkan kursus ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone