Monday, March 7, 2011

Anemia Semasa Mengandung - Anaemia In Pregnancy

Anemia atau Kurang Darah semasa mengandung sering kali berlaku dikalangan ibu-ibu di daerah Keningau ini. Faktor malnutrisi, masalah perubatan Thallasemia (penghidap atau pembawa), infestasi cacing, faktor sosial, kebolehdapatan makanan dan faktor-faktor berkaitan menjadi penyebab berlakunya masalah ini

Masalah ini diklasifikasikan apabila paras Hemoglobin (Hb) ibu di bawah 11g%  (Hb = <11g%)

Terdapat 2 cara bagi menangani masalah anemia atau kurang darah iaitu melalui Suplementasi Hematinik (juga dikenali sebagai ubat tambah darah bagi komuniti setempat) dan juga melalui Pemakanan iaitu dengan makan makanan yang kaya zat besi.

Cara 1: Suplementasi Hematinik (Ubat tambah darah)
Ianya terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:

Zat Besi

Folate


Vitamin B Kompleks


DAN

VITAMIN C (100mg)
* Buat waktu ini pembekalan Vitamin C kepada ibu hamil di Kawasan Keningau menjadi masalah. Oleh itu semua ibu hamil perlulah mengambil inisiatif di mana:
1) Minum air jus buah/ perahan limau semasa makan pil hematinik
2) Makan pil hematinik bersama-sama dengan buah-buhan seperti 1 potong betik
3) Beli Vitamin C di farmasi berdekatan (Vit C-100)

======================================================

Pil Hematinik atau tambah di atas perlu bagi meningkatkan paras hemoglobin dalam darah ibu semasa mengandung.
Vitamin C memainkan peranan penting bagi meningkatkan penyerapan Zat Besi. 

Biasa saya menegaskan kepada ibu kepentingan Vitamin C dengan mengatakan bahawa tanpa Vitamin C, sia-sia sahaja ibu makan pil tambah darah. Pada hakikatnya fakta ini salah dimana terdapat juga penyerapan zat besi tanpa vitamin C, namun bagi mendidik ibu-ibu di daerah ini saya terpaksa berkata demikian bagi meningkatkan kesedaran ibu untuk mengambil makanan yang tinggi Vitamin C. Dan, hasilnya ramai ibu-ibu telah pulih dari masalah ini. (Tipu sunat hehe..=D)



Cara 2: Pemakanan

Saya di sini telah menggunakan pendekatan yang mudah difahami bagi ibu-ibu mengandung dengan mencadangkan pemakanan yang perlu ibu makan ialah berdasarkan Pil Hematinik. Maksudnya di sini, ibu-ibu perlu makan makanan yang mengandungi zat-zat sepertimana pada pil hematinik

Zat Besi : 
2 keping daging/ 1 ketul peha ayam/ 1 ketul hati@pedal ayam/ 1 ketul hati lembu/ 1ekor ikan (saiz sederhana), 20 biji kerang/ 1-5 sudu makan ikan bilis

Folate:
Sayur-sayuran berdaun hijau (bayam & brokoli)/ kekacang & bijirin
Vitamin B12:
Sumber makanan laut dan haiwan (sekurang-kurangnya 3x seminggu) - lala, kupang, tiram, ginjal, hati

Vitamin C:
Betik - 1 potong (211g) --> Vit C = 149.6mg
Jambu Batu - 1/2 biji (tanpa biji) (150g) --> Vit C = 228.0mg

  • Kualiti sesuatu makanan perlu diutamakan 
  • Keperluan Vitamin C bagi ibu mengandung ialah 80mg/hari (RNI 2005), jadi dengan makan sehiris betik dan 1/4 buah jambu batu ianya telah memenuhi saranan tersebut. 
  • Pemilihan buah juga adalah penting di mana seperti contoh pisang emas - 2 biji (66g) boleh menyumbang 5.5mg Vit. C. Jadi bagi memenuhi RNI, seseorang ibu perlu makan 29 biji pisang emas bagi mendapatkan vit C sebanyak 80mg dan ini adalah mustahil dan ianya memudaratkan ibu-ibu hamil tersebut.

Saya selalu mengesyorkan menu bagi ibu-ibu hamil yang mengalami masalah anemia iaitu setiap kali makan sarapan pagi (kengkadang saya bagi diskaun sebab ibu-ibu tiada selera makan pada waktu pagi), makan tengahari dan makan malam MESTI MAKAN:
  1. Nasi sesenduk
  2. Ayam atau daging atau ikan
  3. Sayur berdaun hijau seperti sawi, kangkung, kailan, taiwan
  4. Buah Betik
 ==========================================================

ELAKKAN MAKAN MAKANAN-MAKANAN YANG BOLEH MENGHALANG PENYERAPAN ZAT BESI :
  • Teh (tannin)
  • Kopi (caffein)
  • Cola
  • Coklat
  • Susu (kalsium)
  • Kuning telur (fosvitin)
  • Capati (fitat)

Namun begitu Susu perlu untuk keperluan Kalsium ibu yang mengandung, jadi minumlah susu pada waktu yang sesuai dua jam sebelum atau selepas makan makanan utama atau lebih mudah lagi segelas awal pagi dan sebelum masuk tidur.


Sekian. Terima kasih.



Reference:
  • GP Pengurusan Pemakanan Ibu Hamil Anemia
  • Atlas Makanan: Saiz Pertukaran & Porsi

No comments:

Post a Comment