Wednesday, June 8, 2011

Kursus Penilaian Pertumbuhan Kanak-Kanak di Klinik Kesihatan Nabawan

Salam...=)

Hari ini saya ke daerah Nabawan bagi memberi ceramah berkenaan Intepretasi Carta Pertumbuhan Kanak-kanak kepada anggota kejururawatan kesihatan yang terpilih.

Harapan agar semua anggota dapat memahami apa yg saya sampaikan hehe.
Till meet again. =)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 19, 2011

Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Daerah Kecil SOoK di Kg. Sinulihan Baru

Salam,

Lama sudah tidak update pergerakan perjalanan anak rantau ini hehe.

Yup, 18 Mei 2011 yang lalu telah diadakan sambutan bulan pemakanan yang dijayakan oleh Klinik di bawah operasi KK Sook dengan KK Tulid menjadi tuan rumah tahun ini.

Saya hadir sebagai penceramah bagi program ini.

Perjalanan ke kg Sinulihan Baru ini mengambil masa kurang 2 jam dari Keningau yang mana Sejam dari keningau dengan jalan tar dan dari Sook ke Tulid dengan jalan gravel hehe. Ini merupakan kali ke2 saya menempuh perjalanan dengan jalan gravel (yg pertama semasa hendak pergi ke Dalit).

Dengan menaiki Vigo a.k.a Hilux klinik bergerak, dengan macho gagah perkasa menempuh jalan gravel yang teruk akibat hujan lebat dan jalan licin. Semasa perjalanan pulang terdapat 2 lori 'terkubur' tersangkut kerana jalan terlalu lembut.

Satu pengalaman yang menarik menjadi titipan diari hidup di Keningau hehe.

*karam singh walia pernah datang ke kampung ini satu masa dulu hehe...=)*
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 27, 2011

Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Daerah Tenom di Dewan Mukim, Kuala Tomani

25 April 2011 yang lalu telah berlangsung Sambutan Bulan Pemakanan di Kuala Tomani, Tenom.

Penglibatan masyarakat dan adik-adik sekolah begitu memberangsangkan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dr Azura Ismail, MO KKIA Tenom. Saya hadir sebagai penceramah dengan tajuk Pemakanan Sihat Bagi Kanak-Kanak.

Pengisian program seperti pertandingan demo penyediaan makanan bayi 6-8 bulan, pameran dan pemeriksaan kesihatan, kuiz terbuka,persembahan tarian sumayau murut dan poco-poco serta cabutan tiket bertuah.

Majlis bersurai pada jam 1 tengah hari.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 18, 2011

Mini Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Kawasan Keningau 2011

Morning semua,

Hari ini sedang berlangsung Mini Konvensyen Kelab Doktor Muda di Dewan Masyarakat, Kompleks Sukan Keningau.

Satu aktiviti yang menarik bagi adik2 yang bersekolah sebagai salah satu langkah promosi dalam meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan amalan penjagaan kesihatan.

Hari ini saya menjadi juri bagi pertandingan bercerita dalam bahasa melayu & inggeris. Rasa mcm jadi mamat khalid pula hehe.

Pameran kesihatan dari pihak sekolah juga adalah terbaik.Cuma semua sekolah masih memakai piramid makanan yang lama. Akan saya inform kepada pihak sekolah untuk menggunakan piramid makanan yang baru.

Anyway, tahniah kepada adik2 yg menang dan sekalung penghargaan kepada pihak sekolah yang memberi kerjasama menjayakan program ini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 4, 2011

Kursus Pengurusan Laktasi 20 Jam Bil 1 Anjuran Hospital Keningau

Dr Noraini sedang memberi ceramahnya.

Salam,

Hari ini saya telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk Communication Skills dalam kursus pengurusan laktasi 20jam anjuran Hospital Keningau.

Human breast milk is the best for babbies...Cow's milk is for the cow wakaka...=) so fikir2kan dan selamat beramal hehe.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 9, 2011

Breastfeeding on UNICEF Website

Monday, March 7, 2011

Anemia Semasa Mengandung - Anaemia In Pregnancy

Anemia atau Kurang Darah semasa mengandung sering kali berlaku dikalangan ibu-ibu di daerah Keningau ini. Faktor malnutrisi, masalah perubatan Thallasemia (penghidap atau pembawa), infestasi cacing, faktor sosial, kebolehdapatan makanan dan faktor-faktor berkaitan menjadi penyebab berlakunya masalah ini

Masalah ini diklasifikasikan apabila paras Hemoglobin (Hb) ibu di bawah 11g%  (Hb = <11g%)

Terdapat 2 cara bagi menangani masalah anemia atau kurang darah iaitu melalui Suplementasi Hematinik (juga dikenali sebagai ubat tambah darah bagi komuniti setempat) dan juga melalui Pemakanan iaitu dengan makan makanan yang kaya zat besi.

Cara 1: Suplementasi Hematinik (Ubat tambah darah)
Ianya terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:

Zat Besi

Folate


Vitamin B Kompleks


DAN

VITAMIN C (100mg)
* Buat waktu ini pembekalan Vitamin C kepada ibu hamil di Kawasan Keningau menjadi masalah. Oleh itu semua ibu hamil perlulah mengambil inisiatif di mana:
1) Minum air jus buah/ perahan limau semasa makan pil hematinik
2) Makan pil hematinik bersama-sama dengan buah-buhan seperti 1 potong betik
3) Beli Vitamin C di farmasi berdekatan (Vit C-100)

======================================================

Pil Hematinik atau tambah di atas perlu bagi meningkatkan paras hemoglobin dalam darah ibu semasa mengandung.
Vitamin C memainkan peranan penting bagi meningkatkan penyerapan Zat Besi. 

Biasa saya menegaskan kepada ibu kepentingan Vitamin C dengan mengatakan bahawa tanpa Vitamin C, sia-sia sahaja ibu makan pil tambah darah. Pada hakikatnya fakta ini salah dimana terdapat juga penyerapan zat besi tanpa vitamin C, namun bagi mendidik ibu-ibu di daerah ini saya terpaksa berkata demikian bagi meningkatkan kesedaran ibu untuk mengambil makanan yang tinggi Vitamin C. Dan, hasilnya ramai ibu-ibu telah pulih dari masalah ini. (Tipu sunat hehe..=D)



Cara 2: Pemakanan

Saya di sini telah menggunakan pendekatan yang mudah difahami bagi ibu-ibu mengandung dengan mencadangkan pemakanan yang perlu ibu makan ialah berdasarkan Pil Hematinik. Maksudnya di sini, ibu-ibu perlu makan makanan yang mengandungi zat-zat sepertimana pada pil hematinik

Zat Besi : 
2 keping daging/ 1 ketul peha ayam/ 1 ketul hati@pedal ayam/ 1 ketul hati lembu/ 1ekor ikan (saiz sederhana), 20 biji kerang/ 1-5 sudu makan ikan bilis

Folate:
Sayur-sayuran berdaun hijau (bayam & brokoli)/ kekacang & bijirin
Vitamin B12:
Sumber makanan laut dan haiwan (sekurang-kurangnya 3x seminggu) - lala, kupang, tiram, ginjal, hati

Vitamin C:
Betik - 1 potong (211g) --> Vit C = 149.6mg
Jambu Batu - 1/2 biji (tanpa biji) (150g) --> Vit C = 228.0mg

  • Kualiti sesuatu makanan perlu diutamakan 
  • Keperluan Vitamin C bagi ibu mengandung ialah 80mg/hari (RNI 2005), jadi dengan makan sehiris betik dan 1/4 buah jambu batu ianya telah memenuhi saranan tersebut. 
  • Pemilihan buah juga adalah penting di mana seperti contoh pisang emas - 2 biji (66g) boleh menyumbang 5.5mg Vit. C. Jadi bagi memenuhi RNI, seseorang ibu perlu makan 29 biji pisang emas bagi mendapatkan vit C sebanyak 80mg dan ini adalah mustahil dan ianya memudaratkan ibu-ibu hamil tersebut.

Saya selalu mengesyorkan menu bagi ibu-ibu hamil yang mengalami masalah anemia iaitu setiap kali makan sarapan pagi (kengkadang saya bagi diskaun sebab ibu-ibu tiada selera makan pada waktu pagi), makan tengahari dan makan malam MESTI MAKAN:
  1. Nasi sesenduk
  2. Ayam atau daging atau ikan
  3. Sayur berdaun hijau seperti sawi, kangkung, kailan, taiwan
  4. Buah Betik
 ==========================================================

ELAKKAN MAKAN MAKANAN-MAKANAN YANG BOLEH MENGHALANG PENYERAPAN ZAT BESI :
  • Teh (tannin)
  • Kopi (caffein)
  • Cola
  • Coklat
  • Susu (kalsium)
  • Kuning telur (fosvitin)
  • Capati (fitat)

Namun begitu Susu perlu untuk keperluan Kalsium ibu yang mengandung, jadi minumlah susu pada waktu yang sesuai dua jam sebelum atau selepas makan makanan utama atau lebih mudah lagi segelas awal pagi dan sebelum masuk tidur.


Sekian. Terima kasih.



Reference:
  • GP Pengurusan Pemakanan Ibu Hamil Anemia
  • Atlas Makanan: Saiz Pertukaran & Porsi