Tuesday, October 18, 2011

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Kawasan Keningau pada 23 - 24 September 2011

Setiap tahun Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia akan disambut pada 1-7 Ogos di setiap pelusuk dunia. Kami di peringkat Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau baru sahaja mengadakan majlis sambutan ini pada 23-24 September 2011 yang lalu. Pelancaran ini ditangguhkan kerana 1-7 Ogos tahun ini jatuh pada bulan ramadhan. Jadi bagi menyokong, melindungi dan mempromosi penyusuan susu ibu, daerah Keningau dipilih menjadi tuan rumah untuk sambutan majlis pelancaran sambutan ini.

Majlis pelancaran ini diadakan di Ruangan terbuka, Tamu Apin-apin. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada 23 September 2011 dan pada 24 September kemuncak majlis pelancaran diadakan. Sambutan ini mendapat sokongan daripada Ketua Anak Negeri Daerah Keningau, Ketua-Ketua Kampung di Mukim Apin-apin dan Majlis Daerah Keningau yang membenarkan kami mengadakan majlis ini di kawasan tamu dan juga tidak lupa kepada Pasukan Rela yang bersusah payah menjaga dan mengawasi barangan yang ditinggalkan semalaman di sana. Penglibatan peserta dari keempat-empat daerah dari anggota-anggota kesihatan dari daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan serta daerah kecil Sook amatlah memberangsangkan.

Majlis ini disempurnakan oleh Dr. Asits Sanna, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan diiringi oleh Puan Puspawati Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Persiapan majlis sambutan sehari sebelum majlis pelancaran. Kerjasama dari anggota kesihatan amatlah dihargai dalam menjayakan majlis ini.

Pasukan koir yang menyertai pertandingan mencipta dan mendendangkan lagu bertemakan penyusuan susu ibu dari Daerah Tambunan (atas), Keningau (tengah) dan Tenom (bawah). Keputusan memihak kepada wakil dari daerah Tenom. Tahniah diucapkan.

Beberapa pertandingan diadakan pada hari tersebut iaitu, pertandingan pasangan serasi, buku skrap dan juga pameran ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu wakil dari setiap daerah.

Pertandingan poster juga diadakan bagi memperlihatkan kekreatifan para peserta dari kalangan anggota kesihatan dari setiap daerah. Keputusan juri memihak kepada poster yang direka oleh wakil daerah kecil sook.

Frontline....=)

Para VIP...=) Terima kasih diucapkan kepada Dr Asits Sanna dan Puan Puspawati kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini dan seterusnya merasmikan sambutan ini bagi peringkat Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.

Its Me...=)

================================================================================================

Logo Sambutan Minggu Penyusuan Sedunia Tahun 2011
Tema: Breastfeeding - a 3D experience


No comments:

Post a Comment