Tuesday, November 1, 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM INTERVENSI OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM TAMBUNAN

Salam

17 Oktober 2011 yang lalu, pasukan NCDP 1 Malaysia - 1 Daerah 1 Intervensi, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau (PKK Keningau) telah mengadakan majlis pelancaran program tersebut di Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan, Sabah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dr. Nirmal Kaur, Ketua Penolong Pengarah Kanan  (NCD), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Program ini bertujuan untuk menangani faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) secara berkesan dengan menggunakan obesiti sebagai entry point, untuk mengurangkan beban penyakit NCD di Malaysia.

Sebanyak dua sekolah telah dipilih oleh pihak PKK Keningau iaitu Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan dan Sek. Ren. Jenis Keb. Cina Yuk Yin, Keningau.

Pengisian program melibatkan pelbagai pihak di bawah unit pemakanan, MCH, kesihatan primer, Inspektorat, Unit Promosi dan lain-lain lagi di bawah PKK Keningau yang mana program ini melibatkan penjagaan kesihatan yang menyeluruh.

Sekalung tahniah kepada sekolah ini kerana telah dipilih untuk menjadi perintis kepada kajian ini. Dan hasil dari titik tolak kajian ini, kami berharap agar kajian ini akan diperluaskan lagi skop dan kumpulan sasaran bagi memungkin kita membentuk modal insan yang cemerlang di masa hadapan dan seterusnya membentuk generasi yang sihat dari segi mental dan fizikal.



Para Jemputan dan Para Pelajar SMAI Tambunan

Gimik Pelancaran Program ini oleh Dr. Nirmal Kaur diiringi oleh Dr. Mohd Nazri Daud (Pakar Kesihatan Keluarga, FMS) selaku wakil Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau yang tidak dapat hadir atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan


Gimik Penyerahan Banner kepada pihak sekolah yang mana menunjukkan kesungguhan pihak PKK Keningau dalam menjalankan program ini

Aktivit Senamrobik yang di ketuai oleh Cik Lai dari Pejabat Kesihatan Daerah Keningau dan dibantu oleh anggota kesihatan dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tambunan. Walaupun di bawah sinaran terik mentari tetapi para pelajar tetap bersemangat melakukan senaman. Selama satu jam aktiviti ini dijalankan.


Bergambar bersama Jawatankuasa Program NCDP 1 Malaysia, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

=========================================================================

Nota kaki:

Obesiti disebabkan oleh ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan tenaga yang mana menyebabkan keseimbangan tenaga positif. Namun, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada masalah obesiti ini. Antara faktor tersebut ialah corak pemakanan yang tidak sihat, kurang melakukan aktiviti fizikal, faktor genetik atau kombinasi dari faktor ini (KKM 2004).

No comments:

Post a Comment